Mohd Syakir - Ohsemm Soft Ice-Cream
Mohd Syakir - Ohsemm Soft Ice-Cream
Mohd Syakir - Ohsemm Soft Ice-Cream

Mohd Syakir – Ohsemm Soft Ice-Cream

Average Reviews

Photos

Description

Nama saya Mohd Syakir bin Sa’adon. Berasal dari Melaka dan kini menjalankan perniagaan di Kajang, Selangor. Perniagaan utama saya adalah bisnes berasaskan servis, iaitu katering soft ice-cream di bawah jenama ohsemm. Saya telah memulakan perniagaan sejak 2010 yang mana saya telah membuka kiosk pertama di dalam UiTM Shah Alam di mana tempat saya belajar. Namun kerana melihat peluang yang lebih besar, saya keluar selepas hampir 2 tahun bertapak di dalam UiTM. Saya mula mengorak langkah mengambil tempahan-tempahan katering untuk pelbagai majlis. Ini termasuk majlis perkahwinan, rumah terbuka, hari sukan sekolah dan sebagainya. Disebabkan perniagaan ini mendapat sambutan hangat, kini lebih ramai usahawan menceburkan diri dalam perniagaan ini dan telah menimbulkan persaingan yang semakin sengit. Oleh kerana saya menggunakan jenama orang lain, pada tahun 2016 saya mengorak langkah ke depan dengan menjenamakan semula di bawah jenama OHSEMM dan membuka pakej ejen. Kini saya telah mempunyai 5 ejen iaitu di Arau, Perlis, 2 di Selangor iaitu di Bukit beruntung dan Sungai Buloh, satu di Seremban, Negeri Sembilan dan satu lagi di Sabah iaitu di Tawau. Perisa aiskrim yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah coklat dan vanilla.

Beroperasi di Lot 10B, Arked Mara Kajang, Jalan Reko, 43000, Kajang Selangor. Namun begitu ini adalah main office sahaja untuk para pelanggan datang dan membuat tempahan atau bertanya tentang pakej. Pakej bermula dari RM1 per kon.

Jika ingin melakukan tempahan, boleh lah tempeh seawal setahun sebelum majlis, atau beberapa bulan sebelum. Ini kerana jika tempahan yang dilakukan pada saat-saat akhir, berkemungkinan akan bertindih dengan pelanggan lain.