Azim Razali – BurgerMok & Laksa UtaQa Food-Truck
Azim Razali – BurgerMok & Laksa UtaQa Food-Truck
Azim Razali – BurgerMok & Laksa UtaQa Food-Truck

Azim Razali – BurgerMok & Laksa UtaQa Food-Truck

Average Reviews

Photos

Description

Saya, Muhammad Azim bin Razali (25 tahun), pengusaha BurgerMok & Laksa UtaQa Food-Truck di Subang Indah. Saya sudah mula berniaga sejak Januari 2018 dan bermula di Simpang Pulai, Perak. Bagi saya hanya dengan berniaga, saya mampu membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, walaupun pendapatan RM 10.00, saya masih mampu memberi kepada yang memerlukan kerana pada keesokkan harinya, saya masih mampu menjana pendapatan. Tetapi jika bekerja tetap, RM 10.00 saya akan tolak untuk belanja hari ni dan akaun saya tetap akan short RM 10.00 untuk bertahan bulan seterusnya.

Saya cuma bagi anda bayangan. Laksa ini dapat memberikan anda bayangan kekampungan Melayu Asli di kawasan perkampungan UtaQa, hanya dengan satu suapan. Laksa ini dimasak oleh saya sendiri dengan berkat rezeki ibu. Bayangkan Hero Bujang Malaya masak kuah laksa. Nak siang ikan bukan senang.

Rahsia yang buat laksa saya power ialah Daun Selom. Bagi tahu lebih nanti kantoi pula.

Anda jangan risau dan tak perlu khuatir. Bahan-bahan diambil daripada Pasar Basah segar di Taman Medan, di mana tidak terlalu ramai orang di dalam pasar membeli barang dalam satu masa sepanjang tempoh PKP. Penyediaan makanan oleh saya seorang diri dan tiada bantuan daripada orang lain. Saya beli barang, saya masak, saya bungkus dan saya yang hantar kepada pelanggan.

Mesej saya untuk anda – Makan la makanan warisan sebelum ia ditelan zaman.