Hidayah- Produk Hasil Laut Proses & Rempah Kari Cap Orang Tua
Hidayah- Produk Hasil Laut Proses & Rempah Kari Cap Orang Tua
Hidayah- Produk Hasil Laut Proses & Rempah Kari Cap Orang Tua

Hidayah- Produk Hasil Laut Proses & Rempah Kari Cap Orang Tua

Average Reviews

Photos

Description

Saya Hidayah biasa orang panggil Kak Hidayah, saya mewakili syarikat Jazam Global Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Al Hanif Trading) Kak Hidayah mula menceburi bidang perniagaaan ini pada tahun 2017 sebagai Pengurus Operasi. Perniagaan ini diasaskan oleh En Amiruddin bin Abd Aziz . Pada tahun 2010 En Amiruddin telah membuka sebuah kedai di Sungai Limau Luar, Kota Sarang Semut, Kedah.  

Fokus utama perniagaan ini adalah membekalkan dan memasarkan Produk Hasil Laut Proses kerana kurangnya pembekal dari kalangan bumiputera yang membekalkan produk hasil laut secara pukal. Disebabkan Ikan Talang Masin yang menjadi kegemaran masyarakat di negeri ini, En Amiruddin terpanggil untuk menjadi pembekal bumiputera yang membekalkan Ikan Talang Masin di samping produk hasil laut proses lain. Secara tidak langsung membuka peluang perniagaan kepada nelayan sekitar memasarkan produk mereka melalui kami.

Pada awal tahun 2011, Beliau mula mememproses rempah kari dengan jenama Cap Orang Tua. Rempah kami terkenal dengan jolokan Gulai Kawah Utara selain rempah kari daging ada juga rempah kari ikan, kari ikan masin, rempah kurma, serbuk cili dan serbuk kunyit dan baru baru ini kami telah memasarkan rempah nasi daging dan rempah nasi arab.

Menyedari minat pelanggan mula mengemari produk yang sedia untuk dimakan kami mula memasarkan produk ‘ready to eat’ dengan memasarkan Sambal Bilis, Sambal Talang, Talang Halia sejak 2018 dengan jenama Daddli yang bermaksud “makanan yang lazat”.